CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 2, 2010

CUKUPLAH ALLAH TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU

Bismillahirrahmanirrahim...

Alahmdulillah,aku masih diberi nyawa untuk bernafas di bumi Tuhan yang serba lengkap dengan nikmatnya... Ketahuilah,benarlah alquran itu kalam Tuhan yang padanya terdapat kemu'jizatan yang tidak boleh disangkal lagi... Pengalaman yang aku ceritakan nanti adalah kisah benar yang pernah berlaku...

Sakinah yang sedang sibuk membuat persiapan untuk ke sekolah bagi meneruskan sesi pengajiannya dalam STAM itu berasa amat gelisah kerana pada hari itu dia ditugaskan untuk membentangkan satu tajuk bagi maadah "balaghah". Dia telah diamanahkan oleh ustazah Siti Nor untuk membentangkan tentang "tajuk tamanni"... Wajah Ustazah yang garang itu terus-menerus menghantui perasaannya.Perasaan cemas yang berselindung di hatinya itu tiada yang mengetahui melainkan Dia yang menciptakan hati itu sendiri. Sebenarnya,dia tidak perlu berada dalam keadaan itu kerana qismun yang dia patut syarahkan telah pun langsai pada kelas yang sebelumnya. Namun,sumayyah yang tidak hadir pada hari itu telah menyebabkan dia terpaksa untuk mengambil-alih qismun yang akan disyarahkan oleh sumayyah... Sebenarnya bukan itu sahaja yang membuatkan Sakinah cemas, malah maadah "Hadith mustolah" turut mengundang kegelisahan di hatinya... Dia berasa cemas kerana berkemungkinan dia juga akan membentangkan tugasan yang diamanahkan ustaz Yusri kepadanya... Sakinah seorang pelajar yang sederhana dalam akademik. Kerana itulah dia berasa terbeban setiap kali diberi tugasan untuk mensyarahkan sesuatu. Dia memulakan sesi pembelajaran pada hari itu dengan perasaan takut yang sentiasa menghantuinya... Masa yang sangat ditakuti semakin hampir... Dia tidak berupaya melakukan apa-apa melainkan berdoa memohon pertolongan dariNya disamping usahanya yang selalu last minit.. Tibanya waktu rehat,dia terus bergegas ke kantin untuk makan dan mengejar masa untuk berjumpa dengan ustazah Aisyah bagi bertanyakan tentang bab yang akan disyarahkan nanti... Bukannya dia tidak sudi untuk bertemu dengan guru maadah tersebut,namun,dia berasa cemas setiap kali berhadapan dengannya...Ustazah Aisyah yang dilihat sedang sibuk itu terus ditanya,"Err.. Maaf,ustazah. Saya nak tanya sikit pasal, maadah balaghah ni.. Ustazah Aisyah yang sedang sibuk membuat kerja seakan kurang selesa untuk diganggu pada waktu itu... Namun,dia masih memberikan kesempatan buat Sakinah untuk bertanya... Sakinah yang agak malu untuk bertanya itu terpaksa meluahkan persoalannya... Setelah selesai mendengar syarahan ustazah, Sakinah terus bergegas untuk ke kelas... Akan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Nur masuk dengan membawa buku mustolah hadith untuk ditanyakan kepada ustazah Aisyah... Sakinah yang melihat keadaan itu berasa amat marah terhadap Nur... Sebenarnay,Nur adalah teman yang diamanahkan sama untuk mensyarahkan hadis tersebut dengannya.. Namun qismun yang patut dia buat hampir selesai,akan tetapi,Nur perlukan pertolongannya untuk menyiapkan qismun nya dan qismun Sakinah itu sendiri...Ustazah yang pada mulanya berasa agak marah itu, cuba untuk bertoleransi pada pelajarnya... Setelah Sakinah dan nur selesai mendengar syarahan ustazah,mereka bergegas untuk masuk ke kelas.. "Kenapa kau tak tanya kat ustaz Yusri je??? Sian kat ustazah.. Ustazah tengah banyak kerja.. aku kan suruh kau tanya ustaz yusri". Nur yang mendengar kata-kata itu cuba untuk memberi penjelasan. Sakinah akur akan alasan yang diberikan tetapi hatinya tetap dalam keadaan marah... Sepanjang perjalanan ke kelas Sakinah diam seribu bahasa.. tiada mood untuk dia mengatakan sesuatu... Di dalam kelas, perasaan cemasnya seakan menjadi-jadi,ditambah pula dengan peristiwa semasa rehat membuatkan dia rasa mahu menangis... Segalanya diluahkan oleh hatinya melalui doanya kepada Tuhan...
"Tuhan,Engkaulah satu-satunya tempat aku bergantung segala sesuatu, bantulah aku". Dengan pertolongan Tuhan,pada hari itu,ustaz Yusri lewat masuk ke kelas... Dia berasa amat lega... Namun Ustaz yusri muncul pada waktu-waktu yang terakhir bagi maadah hadith mustolah... Namun, itu cukup menenangkan hatinya memandangkan peluang untuk dia membuat perbentangan pada hari itu adalah tipis... perasaannya bertambah lega setelah berakhir maadah hadith mustolah... Tetapi,perasaan cemas untuk madah balaghah masih terbuku di hatinya... Sesampainya ustazah Siti Nor dikelas, perasaan cemas yang berada di hatinya itu hanya Tuhan saja yang tahu.. Dia beranikan jua dirinya untuk berhadapan dengan rakan-rakan bagi mensyarahkan apa yang telah ditugaskan... Setelah selesai mengucap muqaddimah, syarahan diteruskan oleh dyana.. Syarahan yang disampaikan itu tidak berapa difahami oleh rakan-rakan yang lain. Ustazah Siti Nor cuba untuk merungkaikan segala persoalan yang terbuku.. Ustazah Siti Nor menghuraikan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua pelajarnya memahami akan tajuk itu... Semasa dia mensyarahkan,dia mengarahkan kami untuk duduk kembali dan mengambil alih tugasan itu... Sakinah berasa amat lega dan gembira. "Fuhh, nasib baik ustazah tu nak terangkan semuanya"... Wani yang duduk bersebelahan Sakinah terus mengingatkannya,"Tuhan yang tolong". Tersentak Sakinah apabila mendengar apa yang diungkapkan oleh Wani... Dia terlupa akan pertolongan Tuhan padanya...

Beginilah kehidupan manusia... Bila susah,sibuk mintak tolong Tuhan... Bila dah senang,Lupa pada Tuhan... apa yang disampaikan ni,jadikanlah iktibar... Memang benar apa yang difirmankan Tuhan dalam surah Al-Ikhlas ayat 2.. Hanya kepada Allahlah tempat bergantung segala sesuatu... Yakinlah dengan Tuhan..Dia pasti akan membantu hambanya yang berada dalam kesulitan...

0 comments: